f From Taiping with Love: Coffee Addict (^-^✿)

Monday, April 21, 2014

Coffee Addict (^-^✿)

Assalamualaikum u olls.

Elok sangatlah petang petang ni cerita pasal coffee kan?
Bagi leleh sikit.

Sabar sabar, jangan gaduh gaduh ok.               
Seriously, miss b and shasha memang gila dengan coffee.
Mesti minum everyday, at least sekali sehari 
Sambil minum, let's we share apa benefits coffee ni for our health. Banyak jugak tau.

But what the most important, coffee ni jugak favorite Rasulullah S.A.W. 
so, memang lah ternyata coffee ni bagus untuk kita.
Apa lagi yang kita perlu tahu pasal coffee?Jom...

Coffee ni memang menyegarkan dan boleh menambah tenaga
Students and orang yang suka kerja sampai lewat malam mesti pakar bab ni. haha
Same with Miss b time masih student dolu-dolu kala. 
Itulah kojenye asal malam dah terbayang-bayang coffee.Memang hilang ngantuk, letih semua.

Perasan tak, aroma coffee boleh jugak buat kita hilang stress tak tidur
Stress yang keterlampauan tu taklah kot. masalah kene selesaikan sendiri, coffee tak boleh tolong. haha.

Coffee mengandungi zat zat antioksida yang tinggi. Apa itu antioksida? 
Antioksida ni adalah bahan yang mengurangkan, meneutralkan, dan melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas

Apa pulak radikal bebas ni?
 Radikal bebas ni hasil sampingan yang sangat reaktif yang terhasil daripada proses kimia yang  berlaku dalam badan. Boleh memudaratkan dan merosakkan sel dan tisu badan. Ia jugak penyebab pelbagai penyakit-  sakit jantung, dan lain2 penyakit kronik.Ia dibentuk dari proses perngosidaan dalam badan dan faktor2 penyebab- bakteria, cahaya matahari,asap rokok dan pemakan yang kurang sihat. 

So, disebabkan coffee ni mengandungi antioksida, ia dapatlah mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser hati , kulit dan kanser-kanser lain. Selain itu coffee mengurangkan risiko penyakit diabetes type 2, strok, penyakit batu empedu, alzheimer dan parkinson.

Coffee penting untuk siapa yang mengamalkan diet. Coffee boleh membakarkan kalori. Tapi jangan pulak minum coffee gula yang terlalu tinggi, and no cream kalau nak healthy.
Ini memang jadi kat Miss b, memang banyak membantu dalam diet Miss b. 

So, everyone yang exercise, better before tu minum coffee dulu. Since, coffee ni penambah tenaga, ia memang bagus untuk sesiapa yang mengamalkan workout or exercise. 

Tetapi, whatever it is, minumlah dengan sederhana, jangan terlalu banyak pulak. okey? Takut lain pulak jadinya.  

Selamat mengoffee semua. eh, Jangan ikut bahasa ni tau, takde dalam kamus :)

Bye semua...

1 comment:

  1. minat coffee jugak tp tk addict la + jarang minum..hehe

    ReplyDelete